Pemegang PLKS tidak dibenarkan berkahwin rakyat Malaysia

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan rakyat negara ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Bagaimanapun, beliau berkata golongan pekerja asing yang ingin berkahwin boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen untuk kelulusan dan pertimbangan.

“Jika kita mendapati mereka (pekerja asing) berkahwin tanpa bagi tahu, permit (PLKS) itu kita batalkan kerana pelanggaran terhadap kelulusan yang diberikan sebelum ini,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA



[ad_2]