Dr Edwin Bosi (7 dari kiri) dan Paulinus Miun (6 dari kiri) menyerahkan borang keahlian mereka kepada Maximus dalam upacara ringkas di ibu pejabat PBS di Donggongon kelmarin.
Oleh: Nio James
PENAMPANG: Selepas berpuluh-puluh tahun berjuang di bawah ‘parti politik’ yang diimpot, ahli politik kanan Dr Edwin Bosi akhirnya memutuskan untuk ‘kembali kepengkuan’ Parti Bersatu Sabah (PBS).
Menyifatkan PBS sebagai pilihan nombor satu keluarganya, doktor haiwan berusia 62 tahun itu, berkata keputusannya semata-mata untuk membantu mengukuhkan parti.
“Saya hanya mahu menyumbang kepada parti ini, saya pernah menjadi YB (Yang Berhormat) sebelum ini, saya telah melakukannya … jadi itu bukan niat saya (untuk diletakkan sebagai calon).
“Apabila saya memaklumkan kepada keluarga saya tentang keputusan saya, saya memberitahu mereka bahawa saya akan `balik kampung’, mereka sangat gembira, mengatakan ia adalah langkah yang baik, kembali kepada akar kita, parti politik ibu bapa kita,” katanya.
Bosi, yang merupakan timbalan presiden Parti Anak Negeri (PAN), dan sebelum ini bersama PKR dan DAP, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, bersama Ketua Pemuda PAN, Paulinus Miun dalam upacara sederhana di ibu pejabat PBS , di sini, kelmarim, disaksikan oleh pemimpin tertinggi parti itu.
Bosi berkata beliau telah megutarakan idea itu selepas berbual-bual dengan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim dan Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai.
“Saya berjanji kepada mereka (Jahid dan Bangkuai) untuk menyertai (PBS) dan menyumbang kepada parti. Saya seorang ahli politik berpengalaman dengan latar belakang berkhidmat kepada parti-parti politik yang berpangkalan di Semenanjung. katanya.
Bosi yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum 2013 merupakan wakil rakyat yang vokal.
Beliau keluar daripada DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 untuk menyertai PAN dan bertanding di kerusi parlimen Penampang tetapi kalah.
Paulinus , seorang peguam, menyatakan kegembiraan ke atas keahliannya, memberitahu bahawa ibu bapanya adalah penyokong kuat PBS.
Paulinus berkata, dia melibatkan diri dalam dua parti politik, pertama ketika dia seorang siswazah sebelum bersama PAN selama setahun, tetapi menyedari bahawa PBS sentiasa berada di dalam hatinya.
“Saya hanya didedah kepada PBS oleh ibu bapa saya. Jadi, tidak hairanlah sebelum saya menyertai parti lain, hati saya sentiasa bersama PBS.
“Saya gembira kerana akhirnya sekarang saya dapat berkhidmat dengan PBS dan meneruskan perjuangan parti ini,” katanya.
Maximus, dalam ucapannya, mengalu-alukan penyertaan Bosi dan Paulinus ke dalam PBS, dan percaya bahawa mereka akan dapat menyumbang pengalaman mereka kepada parti itu.
“Sekarang anda berada bersama kanu, sama-sama kita untuk mengukuhkan PBS, di peringkat kepimpinan dan peringkat akar umbi. Kita mesti kembalikan Sabah seperti dahulu.
“Kami mengalu-alukan mereka ke dalam PBS, dan berharap lebih ramai akan menjejaki langkah mereka. Pintu PBS sentiasa terbuka,” katanya.
Dalam perkembangan yang lain, Maximus berkata, hari Merdeka yang baru berakhir bukanlah satu perayaan, terutama dalam konteks kerajaan sekarang.
“Tidak ada apa-apa untuk dihargai dan disanjungi, selepas 15 bulan berkuasa, kita tidak melihat apa-apa perkembangan konkrit. Rakyat kecewa … semua yang mereka boleh tawarkan adalah janji-janji kosong,” katanya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius