Konvensyen UMNO Sabah 21 Sept 2019

Raimee (tengah) semasa mengadakan sidang akhbar penganjuran konvensyen UMNO Sabah.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan mengadakan Konvensyen pada 21 September 2019, bertempat di Dewan Utama, Bangunan UMNO Negeri Sabah.

Konvensyen sehari itu akan dirasmikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang media semalam, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimee Unggi berkata, konvensyen itu akan dihadiri oleh seramai 521 orang perwakilam daripada 25 bahagian UMNO diseluruh negeri.

“Setiap bahagian akan nenghantar seramai 21 orang perwakilan,” katanya.

Raime berkata, pihak penganjur juga akan menjemput pemimpin dan ahli UMNO di peringkat bahagian sebagai pemerhati.

“Termasuk pemimipin veteran yang masih setia bersama UMNO seperti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan bekas ADUN Pantai Manis Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail.

Kita juga telah menjemput pemimpin MCA rakan parti Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutu PAS.

Secara keseluruhan dijangkakan jumlah kehadiran adalah seramai 1,000 orang,” katanya.

Raimee berkata, konvesyen itu adalah arahan daripada setiausaha agung dan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

“Konvensyen ini akan dimulakan oleh UMNO Sabah dan akan disusuli oleh negeri lain diseluruh negara sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijangka akan berlangsung pada November,” katanya.

Raime berkata, konvensyen itu julung kali diadakan sejak sekian lama tertangguh.

Katanya antara intipati pengisisan konvensyen itu ialah ucapan dasar yang akan disampaikan oleh Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

“Ucapan dasar ini akan memberi penekanan tehadap hala tuju UMNO Sabah selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Ini telah dicadang oleh Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk Hasnol Ayub dan disokong oleh Ketua UMNO Bahagian Tuaran Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, ucapan dasar itu akan disahut oleh para perwakilan termasuk daripada pergrerakan pemuda, wanita dan puteri UMNO.

Ramiee berkata, Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Nilwan Kabang telah dipilih sebagai pengerusi tetap konvensyen itu.

“Beliau (Nilwan) akan mengendalikan sepanjang konvensyen itu berlangsung. Beliau akan dibantu Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing selaku timbalan pengerusi tetap,” katanya.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Titing Putang pegawai khas pengerusi UMNO Negeri Sabah, Hajah Musliati Moslimin ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Nilwan Kabang timbalan ketua penerangan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin setiausaha UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir ketua UMNO bahagian Libaran dan Awang Aslee Awang Lakat penolong setiausaha UMNO Sabah.