PEMUDA KIULU TAMPIL BANTU KELUARGA MEMERLUKAN

TUARAN: Selepas melihat sekeluarga memerlukan bantuan tular di media sosial, seorang pemuda terpanggil menghulurkan sumbangan.

Abel Guuk, 39 tahun dari kampung Rugading Kiulu menghulurkan bantuan berupa makanan asas dan keperluan susu bayi.

“Saya merasa sangat kesian ketika membaca kisah wanita ini di facebook yang mana mereka kini serba kekurangan kerana suaminya diberhentikan kerja ekoran pandemik koronavirus (Covid-19).

“Wanita ini kemudiannya memohon bantuan terutama untuk bekalan susu anak mereka yang berumur 3 bulan, 1 tahun dan 2 tahun.

“Justeru hari ini saya telah pergi mencari mereka dan menyampaikan beras, gula, ajinomoto, garam, kopi, minyak masak, susu bayi dan telur.

“Walaupun bantuan tidak seberapa, saya harap serba sedikit dapat meringankan beban keluarga ini,” katanya.

Abel berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berhubung terus kepada wanita itu di talian 0178433549.

“Jika ada yang ingin salur bantuan, boleh hubungi wanita itu. Namanya Julia, mereka tinggal di kawasan Jalan Lakang Tuaran,” jelas Abel yang kini menetap di Kampung Ulu Lumagar Bongawan Papar. -https://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *