LABUAN: Menguncikan diri dalam rumah dan melarikan diri antara tindakan penduduk di dua penempatan pelarian di sini apabila melihat kehadiran kakitangan kesihatan.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berhubung cabaran yang dihadapi petugas kesihatan ketika menjalankan saringan di kawasan yang padat di Kampung Muslim dan perkampungan air Kiamsam.
“Penduduk di sana mengelak dan larikan diri, ada yang lari gunakan bot, ada yang sembunyi di bawah rumah, ada yang lari ke dalam hutan.
“Situasi ini menyukarkan usaha kami mengesan kes yang belum direkodkan,” katanya.
Walaupun tanpa kerjasama daripada penduduk katanya, beliau bersama beberapa petugas lain tetap meneruskan pengesanan kes aktif.
“Kita juga mungkin mendapatkan bantuan polis mengiringi kakitangan kesihatan, untuk sampai kepada penduduk di sana sekiranya keadaan terdesak,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ