KOTA KINABALU: Semua pengguna elektrik di Sabah dan Labuan dikecualikan bayaran surcaj bagi penggunaan tenaga sepanjang tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dalam satu kenyataan, berkata pengecualian itu sejajar persetujuan kerajaan negeri meluluskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) bagi tempoh berkenaan.
Keputusan itu, katanya dibuat berdasarkan kos penjanaan yang terkawal dan tidak memerlukan pengenaan surcaj kepada sebahagian pengguna seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
“Pelaksanaan ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan pengguna, termasuk pengguna di bawah Pemegang Lesen Awam Pengagihan.
“Ini bermaksud tiada peningkatan bil elektrik untuk semua pengguna di Sabah sepanjang tempoh enam bulan itu,” katanya.
ICPT adalah mekanisme di bawah Incentive Base Regulation (IBR) bagi semakan ke atas tarif elektrik yang dilaksanakan setiap enam bulan, akibat perubahan kos penjanaan sebenar berbanding unjuran bagi Tempoh Kawal Selia yang diluluskan kerajaan negeri melalui rangka kerja IBR. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ