Kota Kinabalu : Pengurusan dan penyelenggaraan sistem pembentungan di Bandaraya Kota Kinabalu kini dibawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) berkuatkuasa 02 Oktober lalu.
Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengurusan bagi sistem itu sebelum ini adalah dibawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Katanya, penyerahan itu termasuklah semua aset-aset pembetungan DBKK.
“Antaranya adalah seperti rumah loji kumbahan, stesen rumah pam dan saluran kumbahan di seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.
“Selain daripada itu, semua pelan-pelan pembetungan yang sebelum ini dikemukakan kepada DBKK oleh pihak pemaju melalui juruperunding akan diproses dan diluluskan oleh JPPS,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sabin berkata, untuk tujuan penyaluran aduan dan pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi JPPS di talian 019-6455577, 1-800-88-7985 (CareLine) atau emel ke jpps@sabah.gov.my. – SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ