Pengusaha taska perlu periksa kesihatan kanak-kanak sebelum mengasuh

[ad_1]

IPOH, 11 Mac (Bernama) — Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) dinasihatkan supaya memeriksa tahap kesihatan kanak-kanak sebelum menerima mereka daripada ibu bapa untuk diasuh.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Ruhaini Zawawi berkata pengusaha taska yang berdaftar berhak menolak untuk mengasuh kanak-kanak yang disyaki atau didapati mempunyai penyakit berjangkit seperti demam, selesema atau demam campak.

Beliau berkata mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 di bawah Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012, pengusaha boleh pada bila-bila masa enggan menerima masuk mana-mana kanak-kanak yang disyaki telah dijangkiti penyakit berjangkit sehingga diperakui sihat oleh pegawai perubatan.

“Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska terutamanya perlu memastikan anak-anak itu sihat sebelum diserahkan kepada penjaga.

“Ini adalah bagi memastikan tidak ada elemen salah-menyalah jika berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke taska di Bandar Seri Botani di sini hari ini.
…..



[ad_2]