KOTA KINABALU: Seorang penolong pegawai perubatan dan empat jururawat ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja lebih masa dengan jumlah bayaran sebanyak RM146,000.
Semua suspek yang berkhidmat di sebuah pusat kesihatan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, kira-kira jam 9.40 pagi tadi.
Menurut sumber, semua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.
“Siasatan awal mendapati semua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa.
“Tuntutan palsu itu dari tahun 2020 hingga 2021 sedangkan perkara tersebut tidak dilaksanakan,” katanya hari ini.
Pengarah SPRM Sabah ,Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, beliau berkata semua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
“Semua mereka akan dituduh pada 12 September 2024 (Khamis) di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu,” katanya. – Info X
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis