Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kundasang-Ranau semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 6.30 petang itu berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah lori tiga tan dari arah bertentangan.
“Impak kejadian menyebabkan mangsa terperosok di bawah kenderaan sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pegawai perubatan.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata operasi ditamatkan jam 7.07 malam selepas pihak bomba melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain.
Katanya operasi dijayakan sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Ranau.
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah