PENUNGGANG MOTOSIKAL TERBUNUH DALAM KEMALANGAN JALANRAYA DI SEMPORNA

Motosikal yang ditunggang mangsa  rosak teruk selepas bertembung dengan sebuah kereta

Oleh Faizal Rahman

SEMPORNA: Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Persisiran Pantai, dekat sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Supt. Sabarudin Rahmat , mangsa sedang dalam perjalanan dari Pokas menuju ke arah Kampung Seraya ketika kejadian berlaku jam 5.40 petang.

Penunggang motosikal yang terkorban dikenalpasti sebagai Mohd Yaser Nor berumur 23 tahun, kata Sabarudin.

Mayat mangsa yang terbunuh di tempat kemalangan berlaku

Siasatan awal menunjukkan mangsa cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan kereta dipandu seorang lelaki dari laluan bertentangan, tambahnya.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak luka, kata Sabarudin.

Sabarudin memberitahu bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.