Perlahankan Omicron, elak sistem kesihatan lumpuh: KKM

Passengers wearing protective masks walk with their luggage through the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) during a partial lockdown imposed due to the coronavirus in Sepang, Selangor, Malaysia. on Wednesday, May 13, 2020. Malaysia has?extended its relaxed?lockdown?by four weeks, allowing nearly all economic activities to continue while keeping its borders shut and schools closed. Photographer: Samsul Said/Bloomberg

Kerajaan melaksanakan kawalan ketat di pintu masuk antarabangsa sebagai strategi memperlahankan varian Omicron yang dikesan menular lebih cepat berbanding Delta.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata walaupun segelintir pihak merujuk data bahawa kesan Omicron tidak seteruk Delta, namun dengan sifat yang lebih pantas merebak akan menyebabkan kes menunjukkan trend menaik.about:blank

Ia sekali gus katanya akan menyebabkan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) meningkat dan menyaksikan sistem kesihatan awam lumpuh.

“Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu. Tetapi kebolehjangkitan Omicron melebihi Delta.

“Jika denominator (penyebut angka) kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital dan ICU meningkat.

“Kementerian Kesihatan mahu elak sistem kesihatan awam lumpuh. Strategi…perlahankan Omicron,” katanya menerusi catatan di Twitter.

Mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap keperluan dos keempat, Khairy berkata vaksin Covid-19 dibangunkan ketika varian Delta dan Omicron belum dikesan.

“SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi. Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara ‘flu jab’ diambil setiap tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy menjelaskan ketika ini penerima vaksin lengkap hanya perlu mendapatkan satu dos penggalak untuk meningkatkan perlindungan terhadap varian yang baru dikesan.

“Lebih daripada itu, kita kaji dari semasa ke semasa bila data saintifik baharu muncul. Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respon yang evidence-based (bukti sahih),” katanya.

Jelasnya, seperti negara lain, gelombang Omicron dijangka akan bermula di Malaysia.

“Justeru, liputan dos penggalak yang lebih agresif, pemakaian pelitup muka dan pengudaraan yang baik dapat memperlahankan gelombang penularan Omicron,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan penangguhan sementara bagi semua perjalanan umrah bermula 8 Jan sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia susulan sebanyak 64 kes varian Omicron melibatkan 63 pengembara dan satu jangkitan tempatan direkodkan sehingga semalam. Ia termasuk 32 kes atau 50% dikesan dalam kalangan jemaah umrah.