KOTA KINABALU, 16 Jun — Tawaran penerbangan daripada Malaysia Airline (MAS) baru-baru ini amat dialu-alukan dan bersesuaian dengan keadaan semasa negara yang sedang mengalami inflasi.
Bagaimanapun Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata beberapa pihak telah menghubunginya untuk menyuarakan cadangan mengenai perkara tersebut dan mengajukan kepada pihak berwajib.
“Antara cadangan yang banyak ialah, supaya tawaran ini diperluaskan kepada pesara kakitangan awam.
“Para pencadang menyatakan bahawa para pesara juga telah memberi banyak jasa bakti kepada negara. Ramai yang telah Berkhidmat dengan cemerlang ketika berkhidmat dahulu,” kata Madius.
Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook peribadinya semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa satu Rang Undang-Undang akan dibentangkan di Parlimen mengenai bayaran pampasan tundaan penerbangan kepada pengguna.
“Saya akan mengusulkan agar satu Rang Undang Undang di bentangkan di Parlimen agar menjadi mandatori kepada syarikat-syarikat penerbangan membayar pampasan kepada pengguna yang telah ditunda penerbangan mereka tanpa persetujuan pengguna,” ujar Madius.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ