KOTA KINABALU, 15 Jun – Kerajaan India digesa lebih bertanggungjawab menghentikan keganasan berunsur agama dan Islamophobia di negara itu.
Menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), tindakan beberapa wakil parti Bharatiya Janata Party (BJP) yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad s.a.w di India minggu lalu telah mengguris hati serta menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
“Kami menyeru agar Kerajaan India yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi menjaga keharmonian serta kesederhanaan kehidupan di India.
“Kami juga menyeru agar tindakan-tindakan kezaliman dan penghinaan terhadap mana-mana penganut agama di India termasuk Kristian, Buddha, Muslim serta kasta seperti Dalit dihentikan,” kata mereka dalam sebuah kenyataan.
Sehubungan itu, PH akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia untuk memberi penegasan terhadap isu ini.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17