[ad_1]
Baginda yang diiringi isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkenan melihat pameran produk kraftangan yang diadakan.
Tunku Azizah turut berkenan menyertai demonstrasi masakan tradisional Sarawak dan bersalaman dengan beberapa peserta Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang mengadakan program di situ.
Ketika di Muzium Ranee Brooke, baginda dipersembahkan cenderamata diraja oleh kerajaan negeri Sarawak berupa senaskhah buku ‘Songket dan Keringkam: Warisan Melayu Sarawak’, sehelai tudung keringkam dan sebuah beg tangan yang disulam khas daripada keringkam emas.
Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini selepas melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak.
Baginda berdua mencatat sejarah sebagai pasangan diraja pertama yang berkunjung ke Lebuh India, sebuah pusat membeli-belah pejalan kaki yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan di sini semalam.
Ini adalah lawatan sulung baginda berdua ke Sarawak setelah Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas untuk memperkukuh ikatan silaturahim dengan penduduk di negeri ini.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar