PESERTA TABLIGH DI INDONESIA DISEKAT MASUK SABAH

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata sebagai langkah menangani penularan wabak COVID-19, Kerajaan Sabah telah melaksanakan beberapa larangan termasuk Kemasukan Peserta Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia 2020.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil tindakan serta merta menyekat kemasukan jemaah tabligh yang menghadiri Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 18 hingga19 Mac 2020.

“Mereka tidak dibenarkan masuk ke Sabah untuk tempoh 14 hari bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan turut mengarahkan
Penutupan Operasi Terminal Bas Awam Seluruh negeri.

“Maklumat daripada setiap daerah mendapati bahawa masih banyak pergerakan penduduk di terminal bas daerah masing-masing mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bagi menangani perkara tersebut, Kerajaan Negeri memutuskan supaya Pihak Berkuasa Tempatan Daerah masing-masing menutup semua operasi terminal bas awam (Inter-district) di seluruh negeri 21 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020,” tegasnya.

Safar berkata bermula dari 15 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020, kerajaan negeri telah
melakukan proses pembersihan dan penyahkuman [Disinfection] mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di 36 premis dan bangunan Kerajaan Negeri, iaitu:

  1. KOTA KINABALU
    (1) Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu
    (2) Wisma MUIS, Kota Kinabalu
  2. NABAWAN
    (1) Majlis Daerah Nabawan
    (2) Tandas Awam Nabawan
    (3) Dewan Serbaguna Nabawan
    (4) Tamu Nabawan
    (5) Pentas Terbuka Nabawan
  3. SEMPORNA
    (1) Majlis Daerah Semporna
    (2) Pejabat Daerah Semporna
  4. BEAUFORT
    (1) Majlis Daerah Beaufort
    (2) Astaka dan Dataran Bagandang Beaufort
  5. BELURAN
    (1) Pasar Am Beluran
    (2) Dewan Serbaguna Beluran
    (3) Majlis Daerah Beluran
  6. PAPAR
    (1) Majlis Daerah Papar
  7. PITAS
    (1) Majlis Daerah Pitas
    (2) Dewan Masyarakat Pitas
  8. SIPITANG
    (1) Dewan Serbaguna Sipitang
    (2) Arked Peniaga Majlis Daerah Sipitang
    (3) Pasar Awam Sipitang
    (4) Gerai Makan Sipitang
    (5) Majlis Daerah Sipitang
  9. SANDAKAN
    (1) Kawasan PPR
    (2) Majlis Perbandaran Sandakan
  10. TAWAU
    (1) Majlis Perbandaran Tawau
  11. TAMBUNAN
    (1) Majlis Daerah Tambunan
    (2) Dewan Masyarakat Tambunan
    (3) Mini Dewan Tambunan
    (4) Kantin Majlis Daerah Tambunan
    (5) Terminal Perhentian Teksi Tambunan
    (6) Balai Polis Tambunan
  12. PENAMPANG
    (1) Majlis Daerah Penampang
    (2) Pasar Am Penampang
    (3) Pasar Ikan Penampang
    (4) Tandas Awam Penampang
    (5) Bengkel Penampang

Selain itu, Safar berkata kerajaan negeri telah melakukan proses pembersihan dan penyahkuman mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipantau oleh
Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan di 62 Masjid dan 90 Surau, iaitu :

  1. Tungku
    (1) Masjid Ar Rahman Tungku
    (2) Masjid Nurul Haq Tungku
    (3) Masjid Al Badrul Tungku
    (4) Masjid Nur Anugerah Tungku
  2. Kunak
    (1) Masjid Al Mansah Kg Sungai Langgas
    (2) Masjid Babu Salam Kg Kunak Jaya
    (3) Masjid Babusalam Basilan Kg Pangkalan
    (4) Masjid Nur Hidayah Kg Jaya Baru
    (5) Masjid Nurul Ma Arif Kg Bagiang
    (6) Masjid Al Muttaqin Kg Sungai Atas
  3. Sandakan
    (1) Masjid Al-Aman, Sandakan
    (2) Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Sandakan
    (3) Masjid As-Sohabah, Sandakan
    (4) Masjid Darussalam, Sandakan
    (5) Masjid Saidina Ali Abi Thalib, Sandakan
    (6) Masjid As-Syukri, Sandakan
    (7) Masjid Jamek Nurul Hikmah Kg. Semawang, Sandakan
    (8) Masjid Al-Fattah, Sandakan
    (9) Masjid Jamiur Rahman, Sandakan
    (10) Masjid Datuk Pangiran Galpam, Sandakan
    (11) Masjid An-Nur, Sandakan
    (12) Masjid Nurul Hidayah, Sandakan
    (13) Masjid Nur El-Nizam, Sandakan
    (14) Masjid Nurul Ehsan, Sandakan
    (15) Masjid Nurur Rahman, Sandakan
    (16) Masjid Al-Muraqabah, Sandakan
    (17) Masjid Daerah Sandakan
    (18) Masjid As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan
    (19) Masjid Al-Falah, Sandakan
  4. Sipitang
    (1) Masjid Imam Hj Ag.Hashim Pekan Sipitang
    (2) Masjid Saidina Uthman Sipitang
    (3) Masjid Abdullah Kg Lumut Sipitang
    (4) Masjid An-Nur Sipitang
    (5) Masjid Kg Sipotol Sipitang
  5. Tambunan
    (1) Masjid At Taqwa Tambunan
    (2) Masjid Nurul Iman Tambunan
  6. Tuaran
    (1) Masjid Nurul Ikwaniyah Kg Gayang Tuaran
    (2) Masjid Al Muttakin Kg Indai
    (3) Masjid Al Akmal Kg Karambunai Baru
    (4) Masjid Umar Al-Khattab Taman Telipok Ria, Kk
    (5) Masjid Al Fattah Kg Lapasan
    (6) Masjid Al Qahar Kg Rugadeng
    (7) Masjid Kg Sha Bandar
    (8) Masjid Kg Sg Damit
    (9) Masjid Ubudiyah Tamparuli
    (10) Masjid At-Taqwa Perumahan Laya-Laya, Tuaran
    (11) Masjid At-Taubah, Kg. Lok Batik, Tuaran
    (12) Masjid Hj Kg.Bolong Baru, Tuaran
  7. Kota Kinabalu
    (1) Masjid Negeri Sabah, Sembulan
    (2) Masjid Al Munir Kg Darau Manggatal
    (3) Masjid Pekan Manggatal
    (4) Masjid Raudah Kg Bandulan
    (5) Masjid Nurul Aman Kg Cenderamata 2
    (6) Masjid Al Falah Kepayan
    (7) Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
    (8) Masjid Muhajirin Kg Warisan
    (9) Masjid Nurul Huda Kg.Gentisan, Kota Kinabalu
    (10) Masjid Al-Kauthar Kg.Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu
    (11) Masjid Jamek Kg.Likas, Kota Kinabalu
  8. Markas Tabligh
    (1) Masjid Pekan Manggatal
    (2) Masjid Haji Akbar Khan, Beaufort
    (3) Masjid Muqorrabah Kg. BDC, Sandakan/BERITA SABAH