KOTA KINABALU, 24 Feb – Keningau menjadi tempat pelancaran perayaan Pesta Kaamatan 2022 dengan tema “Kaamatan Menjiwai Alam Semula Jadi” yang akan berlangsung pada 1 Mei ini.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2022 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jeffrey Kitingan.
Menurut Jeffrey, perayaan sebegitu bukan sahaja dapat mengekalkan budaya dan adat istiadat, malahan membolehkan pelancongan dapat dipromosikan di negeri ini.
“Sekiranya banyak program dilaksanakan melibatkan kebudayaan serta tempat-tempat menarik, ianya juga mampu membantu mempromosikan negeri ini dari segi pelancongan,” jelasnya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya, perayaan Pesta Kaamatan merupakan platform untuk mengekalkan budaya dan adat istiadat kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) terutamanya dalam kalangan golongan muda.

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan