KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony, hari ini, hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dipercayai untuk memberi keterangan berkaitan satu kes yang belum diketahui, setakat ini.
Peter yang juga ADUN Melalap tiba di ruang legar bangunan blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah sekitar jam 10.20 pagi dengan disambut penyokongnya.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Setiausaha Agungnya, Loretto S Padua, Ketua Pemuda Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, ADUN Tanjong Kapor, Ben Chong serta seorang peguam.
Pada tahun 2017, Peter ditangkap oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung penjualan ladang kelapa sawit yang dibatalkan kepada Risda.
Kemudian, pada 5 Januari 2018, SPRM sekali lagi menahan Peter Anthony, didakwa berhubung urusniaga pembelian tanah ladang kelapa sawit Risda bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK