KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew menyifatkan mendiang Tan Sri Peter Lo yang merupakan ketua menteri kedua Sabah adalah seorang negarawan yang luar biasa.
Katanya, mendiang juga adalah seorang pemimpin bersejarah kerana sumbangan yang sangat besar beliau kepada negeri ini.
“Kami sangat menghormati Tan Sri Peter yang turut memainkan peranan penting dalam merangka Perjanjian 20 Perkara serta jasanya melindungi negeri ini,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Peter di Fook Lu Siew Funeral Parlour, di sini, hari ini.
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut mengucapkan takziah kepada anak-anak Peter yang hadir iaitu, Jenny, Bonaventure dan Jacqueline.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ