Rokok-rokok yang berjaya dirampas oleh PGA di Kalabakan kelmarin
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 telah merampas sebanyak 784 kartun rokok pelbagai jenama dan 20 bungkus tembakau salak dari sebuah kereta berhampiran Batu 2 Kampung Murut, Kalabakan awal pagi kelmarin.
Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 14 Supt Mustapha Othman, sepasukan anggota PGA dari Strike Force Road Checkpoint (RCP) diketuai Inspektor Karmjit Singh Arter Singh telah melakukan rampasan tersebut pada jam lebih kurang 4.30 pagi.
Sebuah kereta jenis Proton Perdana dalam keadaan mencurigakan telah memecut laju di jalan belakang RCP Kalabakan. Pasukan Strike Force RCP terus mengekori kereta sehingga berhampiran Batu 2 Kampung Murut dimana pemandu Proton Perdana bertindak meninggalkan kereta di tepi jalan sebelum melarikan diri, kata Mustapha.
Mustapha berkata, anggota PGA itu kemudian membuat pemeriksaan dan menemui dalam kereta tersebut 27 bungkus plastic besar berisi pelbagai jenama rokok serta 20 bungkus tembakau salak.
Rokok-rokok berkenaan dan kereta Proton Perdana telah dibawa ke IbuPejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, kata Mustapha.
Jumlah nilai kesemua barang rampasan dianggarkan RM 50,501.20, kata Mustapha.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad