Seorang pegawai Pasukan Polis Marin Lahad Datu menunjukkan telur penyu yang dirampas
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Pasukan Polis Marin di sini telah berjaya menggagalkan cubaan menjual telur penyu kepada orang awam di kawasan pasar ayam Lahad Datu pada hari Jumaat.
Menurut Komander Pasukan Polis Marin Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali, Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah menjumpai satu baldi cat dan satu bakul di tempat penyembelihan ayam pada jam 10.00 pagi.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bekas tersebut berisi telur penyu sebanyak 250 biji dengan nilai anggaran berjumlah RM500 yang dipercayai untuk dipasarkan di sekitar pasar rakyat Lahad Datu, kata Mohamad Pajeri.
Kedua-dua bekas yang berisi telur penyu tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk proses dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut, katanya lagi.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad