KOTA KINABALU: Piala Golf Amal Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (SM) LA Salle sesi 2023/2024 akan diadakan pada 17 Februari ini bertempat di Sabah Golf & Country Club [SGCC].
Pengerusi Penganjur yang juga Yang Dipertua PIBG, Andre Norbert berkata, setakat ini seramai 130 orang telah mengesahkan penyertaan.
Andre berkata pertandingan menawarkan hadiah sebuah kereta Proton Saga menanti pemenang ‘hole-in-one’ di Lubang 9 yang ditaja oleh Joachim sendiri.
“Tujuan kami menganjurkan acara ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung PIBG.
“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja Maswings, Sazarice, 100 Plus, PJ Tan, Sabah Golf & Country Club, Alumni SM La Salle & SK Sacred Heart dan SM La Salle School Board,” ujar Andre
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pengerusi Penganjur, Adrian Alang (601134501660) atau Andre (60138697337).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ