KENINGAU: Seorang penolong pegawai di sebuah agensi kerajaan ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dan sepucuk pistol tiruan di Simpang Jalan Pejabat AADK, Keningau, kelmarin.
Suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan sepasukan polis ketika menjalankan tugas ‘Snap Check’ Ops Covid-19, jam 9.15 malam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, ketika menjalankan Snap Check, anggota polis menahan seorang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Revo bagi tujuan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol tiruan yang disimpan pintu kanan kenderaan bahagian pemandu.
“Pemeriksaan lanjut dalam bonet hadapan kenderaan dipandunya, menemui satu kotak rokok disorok di celah-celah ruangan atas lampu hadapan.
“Pemeriksaan terhadap isi kotak rokok itu menemui satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Zaini berkata, suspek kemudian ditahan dan rampasan dibawa ke Balai Polis untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan polis mendapati suspek membeli senjata yang dirampas secara dalam talian pada 2018 melalui laman wab Airsoft Gun Sabah dengan harga RM2,500 termasuk 100 biji bebola peluru.
“Tujuan membeli senjata itu adalah sekadar latihan menembak di pejabat pada masa lapang,” katanya.
Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK