KOTA KINABALU: Majlis Keselamatan Negara akan bersidang sebelum 30 Mac ini bagi menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di Putrajaya, hari ini, berkata, perkara berkenaan perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
“Kita hendak lanjutkan ini, kita kena teliti, kalau sudah ada tambah baik dengan tindakan yang diambil KKM dan bantuan dari agensi lain, kerjasama kumpulan Tabligh (hadir buat pemeriksaan kesihatan dan kalau data dan angka (kes positif Covid-19) lebih rendah.
“Sebelum 30 Mac Majlis Keselamatan Negara akan sidang untuk melihat adakah perintah itu memadai ataupun kita lanjut seminggu atau dua minggu itu kita akan kaji dan maklumkan,” katanya.
Terdahulu, kerajaan telah melaksanakan PKP bermula 18 hingga 30 Mac ini bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, PKP yang dilaksanakan itu, kini memperlihatkan perkembangan yang semakin positif.
“Perintah yang kita buat 18 Mac bertambah baik, maklumat yang saya terima di lapangan iaitu hampir 90 peratus (rakyat ikut perintah) namun masih dapat yang tak patuh.
“Jadi kalau boleh, kalau ada pergerakan itu kita kurangkan secara paras minima, yang sudah kita maklumkan hanya boleh keluar untuk tujuan beli barang atau pergi farmasi dan kemudian pulang ke kediaman masing-masing,” katanya lagi./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad