Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang dijadualkan berakhir pada 4 Feb akan dilanjutkan sehingga selam dua minggu hingga 18 Feb.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media hari ini berkata PKP kedua (PKP 2.0) pada awalnya dirancang untuk 13 hingga 26 Januari, tetapi dilanjutkan selama sembilan hari hingga 4 Februari.
Negara baru-baru ini telah menyaksikan lonjakan kes Covid-19, dengan catatan tertinggi 5,728 kes baru dilaporkan pada 30 Jan.
“KKM mengesahkan kes harian di kesemua negeri ini masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positiviti dalam kluster adalah 20 hingga 40%, malah penularan sporadik dalam komuniti juga tinggi melibatkan warganegara dan bukan warganegara.
“Sidang khas hari ini bersetuju melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula dari 5 hingga 18 Feb kecuali kawasan-kawasan di Sarawak yang telah diisytiharkan di bawah PKP Bersyarat (PKPB),” katanya.
Ismail berkata keputusan itu diambil atas penilaian risiko dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyaksikan trend peningkatan kes di semua negeri.
Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai perintah kawalan pergerakan (PKP) hari ini, katanya pada sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan.
Bagaimanapun, Ismail berkata PKP 2.0 berbeza dengan PKP kali pertama yang dilaksanakan tahun lalu apabila ketika itu kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya.
“PKP 2.0 ini pula, sektor perniagaan dan ekonomi telah dibenarkan beroperasi dengan SOP yang sangat ketat,” katanya.
Perincian sektor-sektor sama ada yang dibenarkan atau tidak dibenarkan beroperasi boleh dirujuk di laman sesawang MKN.
Pergerakan merentas daerah dan negeri serta aktiviti sosial masih tidak dibenarkan, manakala SOP lain kekal seperti sebelum ini.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad