PKP : TIADA LAGI KOMPAUN, TERUS KE MAHKAMAH

KOTA KINABALU: Tiada lagi kompaun dikenakan sekiranya melanggari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya mana-mana individu yang ingkar akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media beliau, hari ini.

Katanya jumlah kumulatif yang ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 9,090 orang dan keseluruhan kompaun dikeluarkan berjumlah 4,036.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala 418 orang direman dan 25 individu dijamin polis,” katanya./BERITA SABAH