Oleh Wartawan BS
1 Februari 2020
TUARAN: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran, Chrisnadia Sinam, memuji usaha ahli parlimen kawasan itu, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam menangani isu kemiskinan di Sabah khasnya di daerah Tuaran.
Beliau yang juga Ahli Majlis Daerah Tuaran berkata beberapa inisiatif yang diperkenalkan Madius dan Majlis Daerah Tuaran telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di daerah itu.
“Angka ketua isi rumah yang tergolong dalam kategori keluarga miskin tegar telah menurun secara drastik di mana 1,934 telah dikeluarkan tahun lalu dari jumlah 3,991 pada tahun 20189,” katanya ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina di Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT), baru-baru ini.
Sementara itu, Chrisnadia berkata, dasar-dasar baru yang diperkenalkan kerajaan baharu mulai menampakkan hasil terutama di daerah Tuaran.
“Tinjauan terhadap ramai ibu-bapa juga memberi reaksi yang baik mengenai pertumbuhan ekonomi daerah Tuaran sama ada dari segi kenaikan taraf hidup, peluang-peluang perniagaan dan peluang pekerjaan serta lain-lain.
“Jumlah sumbangan pungutan cukai kepada Majlis Daerah Tuaran pada tahun lalu juga mencecah RM10 juta, rekod tertinggi sejak 30 tahun lalu berbanding dengan purata punggutan tahunan adalah sekitar RM4 juta,” katanya.
Terdahulu, Chrisnadia berkata, faktor pertumbuhan ekonomi dan bahasa Inggeris telah menyumbang kepada peningkatan jumlah pelajar di sekolah mubaligh.

Pertumbuhan ekonomi daerah Tuaran yang baik dan keinginan untuk menggalakkan kanak-kanak mempelajari bahasa Inggeris di peringkat awal persekolahan antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jumlah murid-murid yang belajar di sekolah swasta mubaligh, pada tahun ini jumlah pelajar di SRAT mencecah 220 murid, rekod tertinggi sejak sekolah ini ditubuhkan 50 tahun lalu, katanya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong