[ad_1]
Bercakap kepada pemberita di ibu kota Colombo, Wickremesinghe berkata sebab mengapa perkara itu tidak diambil tindakan akan disiasat.
Beliau berkata Sri Lanka menghargai bantuan negara lain berhubung kemungkinan terdapat kaitan luar negeri pelaku tindakan pengganas itu.
Wickremesinghe berkata mereka mendapat tahu bahawa pelaku semuanya adalah rakyat Sri Lanka dan lapan suspek telah ditahan berkaitan serangan itu.
Sementara itu, sebutir bom buatan sendiri telah dijumpai berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranayake di Colombo.
“Sebatang paip PVC sepanjang dua meter yang mengandungi bahan letupan telah ditemui,” kata jurucakap Tentera Udara Gihan Seneviratne.
Bom itu ditemui semasa rondaan rutin dan dimatikan serta-merta, katanya.
Menurut akhbar rasmi Sri Lanka, Daily News, sejumlah lapan letupan — enam daripadanya meletus pada Ahad pagi manakala dua lagi pada sebelah petang hari yang sama — telah dilaporkan di dalam dan di pinggir ibu kota Colombo.
Pada sebelah pagi, gereja di bandar-bandar Kochchikade, Negombo dan Batticaloa serta hotel-hotel Kingsbury, Cinnamon Grand dan Shangri La di Colombo telah menjadi sasaran.
Susulan letupan itu, pasukan khas polis telah dikerah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranayake di Colombo untuk menghalang sebarang kemungkinan serangan di sana.
Sejumlah 1.5 juta penganut Kristian, majoritinya adalah Katolik, dianggar tinggal di negara itu yang merupakan 7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar