Salah seorang saspek (kiri) bersama rokok tidak bercukai yang dirampas PPM Lahad Datu
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Empat orang saspek ditahan dan sejumlah 8,230 bungkus rokok putih dan kretek tidak bercukai dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di berlainan lokasi dalam “Ops Landai” di sini pagi tadi.
Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata, “Ops Landai pada kali ini memberi penumpuan terhadap penyeludupan dan penjualan rokok yang tidak bercukai di kawasan tanggungjawab terutama di kawasan Lahad Datu.”
Setelah pemeriksaan dijalankan ke atas empat rumah tanpa nombor, di Kg Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, seorang lelaki dan tiga orang wanita berusia dalam lingkungan umur 25 hingga 55 tahun telah ditahan dan sejumlah rokok dijumpai disembunyikan dalam rumah berkenaan, tambahnya lagi.
Tangkapan dan rampasan terus dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi, kata Mohamad Pajeri.
Keseluruhan nilai rampasan selepas taksiran cukai adalah dianggarkan bernilai RM 416,700.
Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 yang mana lebih tinggi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK