POLIS MARIN LAKSANA OP BERSEPADU BERSAMA JABATAN PERIKANAN DI PASAR BASAH SERTA PERAIRAN SEMPORNA

Bot-bot yang ditahan semasa “Operasi Bersepadu” di Semporna kelmarin
By Faizal Rahman

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin Dan Jabatan Perikanan Semporna telah bertindak menggerakkan pelbagai pegawai, anggota dan aset secara lebih agresif dengan menahan bot-bot menggunakan enjin pam yang dikendalikan oleh bukan warganegara dan yang tidak berdaftar dalam satu Operasi Khas.

Objektif operasi ini adalah membuat pemeriksaan ke atas bot-bot kampung yang beroperasi menggunakan enjin pam dan kenaikan laut lain di perairan Semporna. Dalam pada itu turut dikuatkuasakan ialah akta dan peraturan melibatkan aspek-aspek keselamatan yang termaktub dalam Ordinan Perkapalan Suadagar 1960(MSO), Akta Polis 1967  dan Kanun Keseksaan.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali dalam satu kenyataan kenyataan berkata,  ‘Hasil operasi yang dijalankan kelmarin bagi tujuan pemeriksaan dokumen pengenalan diri, permit dan lesen. Sebanyak tiga buah perahu beroperasi menggunakan bot pam yang tidak berdaftar  ditahan dan 4 buah perahu beroperasi menggunakan enjin pam berdaftar tetapi dikendalikan oleh bukan warganegara.

Ini menjadikan 6 kes tangkapan dibawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigressen 1959/63 serta melibatkan penahanan 10 orang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri yang sah. Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut, kata Mohamad Pajeri.

Menurutnya lagi dalam usaha menangani kes-kes aktiviti mengebom ikan di perairan Semporna, susulan insiden melibatkan kematian 3 individu yang terkena bom ikan, Pasukan Polis Marin Semporna terus melancarkan “Op Bersepadu” bersama Jabatan Perikanan dengan membuat pemeriksaan di premis-premis penjualan ikan di Pasar Basah bagi memastikan pihak yang menjalankan aktiviti bom ikan dapat dibendung secara lebih aggresif.