LPPM anjur Paska Raya bersama media, industri pelancongan

Jamilah (duduk 3 dari kanan) bersama pegawai dan kakitangan LPPN

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) mengadakan Paska Raya bersama media dan industri pelancongan, pada Khamis.

Pengarah LPPM Sabah, Jamilah Abdul Halim berkata, ia bertujuan untuk merapatkan tali silaturahim, disamping memberikan maklumat tentang pejabat baru LPPM, yang kini terletak di Times Square, disini.

“Sebelum ini, pejabat LPPM terletak di Api-Api Centre dan sekarang di KK Times Square.

LPPM telah berpindah ke pejabat baru di KK Times Square sejak April tahun ini (2019).

Pejabat baru ini lebih selesa dan mudah dikunjungi oleh rakan-rakan industri pelancongan, dan kita beroperasi seperti biasa,” katanya.

Jamilah berkata, antara program yang dijalankan LPPN tahun ini ialah mempromosi pelancongan domestik di seluruh negara.

Antara industri pelancongan yang hadir ialah wakil industri perhotelan, syarikat penerbangan,  pengusaha syarikat pelancongan antara lain.

Majlis Paska Raya itu diadakan dipejabat baru LPPM di Times Square.

Pejabat LPPM kini beralamat seperti berikut – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, B-7-2 & B-8-2, Blok B, KK Times Square Signature Office, Off Centeral Highway, 88100, Kota Kinabalu, Sabah, telefon 088-211732, 248698, fax -088-241764, laman web www.malaysia.travel.