POLIS MARIN TAWAU TAHAN DUA LELAKI TIDAK MEMILIKI DOKUMEN PENGENALAN DIRI

Salah seorang warga Indonesia (kiri) yang ditahan Polis Marin Tawau hari ini 

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU : Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin yang sedang menjalankan tugas operasi ‘Ops Gelora’ telah menahan dan memeriksa dua orang lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan semasa berada di Customs Immigration Quarantine (CIQ) Lama Tawau di sini pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, “Operasi tersebut yang dijalankan tertumpu di bahagian kenaikan laut CIQ Lama itu mendapati dua orang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua orang lelaki berumur lingkungan 20 tahun hingga 21 tahun dipercayai warga Indonesia yang baru sahaja mendarat dikawasan terbabit dengan menggunakan bot penambang dari Sungai Haji Kuning,” katanya lagi.

Menurut Mohamad Pajeri, kedua-dua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah untuk berada di negara ini dan pengakuan lisan mendapati mereka masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan.

Mereka ditahan dan bawa balik ke Pangkalan Polis Marin Tawau atas kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut, kata Mohamad Pajeri.