TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai dalang utama kegiatan menyeludup rokok dari negara jiran akhirnya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di sebuah rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3, malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam oleh sepasukan anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) turut merampas pelbagai jenama rokok seludup bernilai Lebih RM350,000.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan menerusi Operasi Khas itu dijalankan oleh Unit Gempur Marin (UNGERIN).
“Hasil pemeriksaan di rumah itu, terdapat seorang lelaki bukan warga negara berusia 33 tahun bersembunyi di salah satu bilik di rumah berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut di ruang tamu menemui sejumlah rokok pelbagai jenis disyaki diseludup masuk dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki yang ditahan dipercayai dalang dalam kegiatan membawa masuk rokok seludup dari negara jiran.
“Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1963.
“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya. – Info X

More Stories
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN