PPM TAWAU SELAMATKAN DUA BUAH BOT HANYUT NELAYAN INDONESIA

Dua buah bot nelayan Indonesian hanyut yang berjaya diselamatkan PPM Tawau

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Dua buah bot nelayan Indonesia yang hanyut di kawasan perairan Laut Tanjung Saima telah diselamatkan sebuah botronda Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kira-kira pada jam 10.00 pagi Selasa. 

Menurut Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri  Ali, “operasi itu dilaksanakan setelah pihak PPM Tawau menerima makluman/aduan awal dari orang awam. Hasil tindakan pantas, pihak PPM telah berjaya mengesan dua buah bot nelayan berkenaan dan berada dalam keadaan selamat.”

“Butiran mangsa-mangsa yang ditemui seramai empat orang lelaki iaitu Ariffin Haji Manja, Amboktuo Cidong, Saleh  Atass dan Ambar Arba.

esemua mereka berumur lingkungan 70 – 35 Tahun dan  mangsa adalah warganegara Indonesia dan tinggal di Kampung Sungai Nyamuk Sebatik, Indonesia,” kata Mohamad Pajeri.

Mangsa dan bot dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut. Siasatan awal bot tersebut didapati telah hanyut dan memasuki perairan negara Malaysia, tambah beliau.

Pihak PPM Tawau akan mengadakan program penyerahan mangsa bot nelayan negara Indonesia yang hanyut ke Perairan Tawau kepada Pihak Berkuasa Indonesia pada Rabu, Okt 30,  di perairan sempadan Malaysia/Indonesia (Perairan Sungai Nyamuk), katanya lagi.

Program penyerahan akan dijalankan oleh PPMO Tawau dengan pihak berkuasa Indonesia, kata Mohamad Pajeri.