Prihatin tanpa mengira masa, ruang komen facebook Madius dihujani kata-kata positif netizen

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau terus prihatin terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah.

Terbaru, beliau melawat penduduk yang cedera parah akibat terjatuh dari tebing bukit.

Danil Sabin mengalami kecederaan itu sewaktu menyertai gotong-royong di Kampung Sinalapak.

“Maklumat yang saya diberitahu bahagian tulang pinggang serta tulang jari mengalami kecederaan yang serius.

“Saya juga berkesempatan melawat saudara Azizan Azman yang telah tercedera kerana kemalangan motorsikal.

“Saya sempat bercerita kepada mereka dan memberi kata-kata semangat serta mendoakan mereka berdua cepat sembuh seterusnya meneruskan kehidupan seperti biasa,” kata Madius.

Kunjungan itu turut dikongsikan di laman facebook rasmi beliau.

Rata-rata netizen begitu teruja dan memberikan kata-kata positif di ruangan komen Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu.

Terbaik DSP, seorang YB berjiwa rakyat teruskan pelayanan,” kata Arni KC Goldsmith.

“Alhamdulillah syukur di saat DSP balik di Sabah, Dsp tetap meneruskan perjuangan menemui rakyat dlm apa permasalah sekali pun, sama ada kenduri kendara majlis perkahwinan menziarahi orang sakit, santai bersama rakyat dan pelbagai program untuk kebaikan bersama. Beliau begitu perihatin dengan setiap gerak geri keperluan rakyat.. Alhamdulillah Aamin,” kata Ramnah Derus

“Terbaik DSP atas keprihatinan. Pada yang mengalami kecederaan moga cepat sembuh,” komen Jinus Sam J Sam.

“Great Datuk.. Do your best to serve the rakyat. Our solemn prayers.. God will do the rest for you and for us all especially in Tuaran. God bless. Amen,” ujar Lawrence Jungan LJ Elken.

Sehingga pukul 5.45 petang tadi, hantaran itu telah menerima 1,001 sukaan, 148 komen dan dikongsi sebanyak 24 kali.