LABUAN : Anak kelahiran Ranau Sabah, Princessca Yvanne Kimberly Abalbert, 24, dinobat sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Ahad lepas.
Princessca yang menewaskan lapan peserta akhir membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, mahkota dan trofi dan hadiah iringan.
Beliau yang menampilkan rekaan kontemporari inspirasi daripada tiga pakaian tradisi Dusun Liwan akan mewakili Labuan ke peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang pada penghujung bulan ini.
Naib johan dimenangi oleh Elvira Linda Sipayang, 22, untuk menerima hadiah wang tunai RM1,800 dan tempat ketiga dimenangi oleh Wirnesly Winol, 22, merupakan seorang pelajar menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Hadiah disampaikan oleh isteri Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Sdn. Bhd, Supiani Sibin.
Terdahulu sebelum itu Ahli Parlimen Labuan merasmikan sambutan Pesta Kaamatan 2024 peringkat Labuan.
Hadir sama pada majlis perasmian itu, Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Kadazan Dusun (KDCA) Labuan Jerome Mijin dan Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan peringkat Labuan Sheiro Chang, Ketua PBS Bahagian Labuan Peter Mak dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Kadazan DusunbPaul Ipoh Loekin. –SABAH NEWS TODAY
More Stories
Tiada faedah alternatif ditawar kepada 165 pesara LPPS yang tuntut hak wang caruman RBS: Kementerian Kewangan
Dua cedera kemalangan dua lori muatan kelapa sawit di Beluran
Lima rumah teres terbakar di Lahad Datu