MEMBAKUT: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mentertawakan dakwaan mengatakan kehadiran beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis hanya akan menjadikan peluang Barisan Nasional (BN) semakin tipis.
Najib kini melakukan lawatan di sekitar kawasan parlimen Kimanis menjelang hari penamaan calon esok.

“Itu hanya dakwaan yang dibuat pihak lawan…mereka boleh membuat tuduhan apa saja yang sesuai dengan mereka.
“Bagaimanapun, momentum kita sangat kuat dan saya datang ke sini (Kimanis) pun sebab diminta oleh pengundi.
“Saya lakukannya (datang ke Kimanis) dengan penuh keyakinan kerana saya percaya mereka mahu saya berada di sini,” katanya.
Najib berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan mengatakan kehadiran beliau pada PRK Sandakan Mei lalu telah mengakibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah teruk.
Ketika itu, Najib berkempen untuk calon PBS, Linda Tsen, namun pada akhirnya calon DAP, Vivian Wong menang besar dengan majoriti 11,521 undi selepas mendapat 16,012 undi.
Majoriti itu juga lebih besar daripada yang dicapai bapa kepada Vivian, mendiang Stephen Wong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius