KIMANIS: Seramai 77 orang termasuk belia beliawanis menyerahkan permohonan menjadi ahli Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), di sini, petang tadi.
Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, yang menerima permohonan itu, merakamkan rasa terharu kerana sokongan berterusan daripada masyarakat akar umbi.

“Sememangnya ada ahli UPKO yang meninggalkan parti; namun kami mendapat jauh lebih ramai yang masuk UPKO. Hari ini hampir 30 orang daripada 77 yang memohon berumur 30 tahun ke bawah.
“Ramai juga ahli parti lain yang telah menyerahkan borang untuk menyertai UPKO. Terima kasih sokongan dan semangat perjuangan sebegini,” tambah beliau.
Salah seorang yang menyerahkan borang ialah bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Priscilla Primus, 29, dari Kg Baru Kelatuan.
“Saya membuat keputusan meninggalkan parti saya yang dulu kerana saya mahu bersama dengan parti Kerajaan. Saya juga melihat kepimpinan UPKO sangat komited dalam perjuangan demi esok yang lebih baik Bagi Sabah,” kata beliau.
Bagi Bernstein Backer Alphonsus, 21, daripada Kg Langsat, beliau berbesar hati menjadi UPKO kerana urus tadbir parti yang sudah terbukti dapat membimbing generasi muda menjadi pemimpin.

Dalam perjumpaan santai yang dihadiri oleh lebih 70 orang, Madius sempat mendengar pelbagai isi hati warga emas dan beberapa individu yang bertemu beliau.

Madius sedang dalam rangka pertemuan santai ke beberapa buah kampung sebelum menghadiri penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kimanis esok di Beaufort.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius