Program ‘BACK TO SCHOOL’ Gunting Rambut Percuma diadakan di Pekan Kiulu

KIULU: Siri  Program “BACK TO SCHOOL” Gunting Rambut secara percuma sekali lagi diadakan di dataran Pekan Kiulu melibatkan para pelajar dari 40 buah kampung sekitar DUN N.11 Kiulu.

Program ini yang turut disertai para pelajar daripada sekolah menengah, sekolah rendah dan tabika adalah anjuran Generasi MUDA UPKO Tuaran (Gen-M) dengan kerjasama Saloon Kiulu bagi CLC Kiulu bermula seawal Jam 8.30 pagi pada 01.01.2020.

Seramai lebih kurang 300 orang termasuk Ibu bapa, pengunjung dan pelajar telah hadir bagi memeriahkan program ini.

Seramai 106 pelajar lelaki berjaya turut sama mengguntingkan rambut dalam program ini yang turut melibatkan lima orang tukang gunting rambut secara sukarela.

“Tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kembali ke sekolah atau back to school disamping membantu ibubapa yang berpendapatan rendah yang memerlukan perkhidmatan gunting rambut untuk anak-anak mereka sempena permulaan sekolah,” kata Jainysius Sipan selaku Ketua Pergerakan Gen-M UPKO Tuaran.

Diharapkan program seperti ini Sedikit sebanyak boleh membantu dalam Persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah pada sesi 2020.

Penganjur mengucapkan terima kasih kepada Dr Roselyn Golunu (Presiden PESBUK) yang telah menyampaikan buah tangan kepada peserta yang hadir,

Turut hadir dalam program ini adalah  PPM Kiulu Encik Suali Sikir, Kapitan Cina  Encik George Teo, Ketua Pergerakan Pemuda Tuaran Encik Charles Jauti, Ketua Pergerakan Gen-M UPKO Tuaran Encik Jainysius Sipan Ketua Wanita Clc Kiulu Julia Sukaron, Pengerusi penganjur bagi program kali ini Seheral Linus merangkap Ketua CLC Gen-M UPKO Kiulu, En. Janius Ikat Ketua PDM Kiulu  dan beberapa AJK Pemuda, Wanita dan Gen-M UPKO Bahagian Tuaran. Beberapa wakil pimpinan UPKO Tuaran Dan CLC Kiulu juga Turut hadir untuk menyokong program ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau atas sokongan kepada program ini. Program ini akan menjadi program tahunan Gen-M UPKO Tuaran.