[ad_1]
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Usahawan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Basri Jasmo berkata, penjimatan tersebut dinikmati lebih 3.3 juta pengunjung sepanjang tempoh penganjuran program.
“Kami yakin penjimatan yang diperoleh pengguna antara lima hingga 20 peratus menjadi antara faktor menarik pengguna membeli pelbagai produk yang dipasarkan di program MBB.
“Kami yakin dengan penjimatan yang ditawarkan terutama produk segar seperti ayam dan sayuran membuatkan program ini semakin mendapat perhatian terutama warga kota,” katanya kepada pemberita di Program MBB@ Perak Day, di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Abdul Yunus Jamahri.
Basri berkata program MBB yang mencatat nilai jualan RM15 juta pada 2018 turut menarik usahawan belia dari seluruh negara.
“Setakat ini, kami sudah mempunyai 2,714 usahawan belia dan menjangkakan jumlah ini akan bertambah seiring dengan penambahan dari aspek publisiti, logistik dan infrastruktur yang dilakukan FAMA,” katanya.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata pihaknya sedang merancang untuk mewujudkan jaringan dan rangkaian pasaran yang lebih efisien dari lokasi pengeluaran di Perak terus ke Lembah Klang.
“Kami percaya melalui program MBB, produk agromakanan istimewa dari Perak dapat diperkenalkan kepada penduduk di Lembah Klang.
“Malah, sudah ada beberapa produk usahawan dari Perak dilihat berpotensi dikembangkan lebih meluas di pasaran Lembah Klang seperti rendang tok, pekasam Lenggong dan biskut kelapa,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar