Prosiding inkues Adib ditangguh esok

[ad_1]

SHAH ALAM, 28 Feb (Bernama) — Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan pagi esok berikutan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga mangsa tidak dapat hadir.

Peguam Kamaruzaman Abdul Wahab yang juga mewakili keluarga mangsa memaklumkan perkara itu semasa prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

“Peguam (Syazlin Mansor) tidak dapat hadir pagi ini sebab mengalami migrain (sakit kepala) teruk. Jadi, mohon (prosiding inkues) hari ini ditangguhkan ke esok…pohon hari ini dilapangkan,” katanya pada prosiding inkues, di sini.
…..



[ad_2]