[ad_1]
Turut berangkat Raja Puan Muda Perak Tuanku Soraya Sultan Abdul Halim yang juga Timbalan Yang Dipertua PPPM.
Pada majlis itu, Tunku Azizah selaku Penaung Diraja PPPM, menzahirkan penghargaan baginda kepada pemimpin persatuan terdahulu yang telah membentuk baginda di sepanjang 50 tahun penglibatan baginda dalam persatuan.
“Sudah 50 tahun beta terlibat dalam Persatuan Pandu Puteri. Sebagai anggota muda Pandu Puteri, saya telah dididik oleh mereka ini. Kepada anggota muda Persatuan Pandu Puteri, anda adalah pemimpin masa depan Malaysia. Nikmatilah persahabatan yang terjalin, untuk kehidupan sama ada dalam negara, serantau atau antarabangsa, ” titah baginda.
Baginda turut bertitah mengumumkan mulai tahun hadapan, pengurniaan Anugerah Pandu Puteri Diraja akan diadakan di Istana Negara.
Bagi persidangan dan mesyuarat pada kali ini, sebanyak 13 anugerah disampaikan antaranya Insentif Peratus Kenaikan Ahli, Lencana Ahli Seumur Hidup, Pingat Jasa Lama 20 Tahun, Pingat Bintang Kehormatan, Asia Pacific Leadership Award For Service to Girl Guiding dan Pandu Puteri Raja.
Sehingga kini PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia dengan bilangan anggota seramai 123,839 orang.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu