Jenifer (duduk 5 dari kiri) diapit oleh Dr Sharifah (duduk 4 dari kiri), Majella (duduk 3 dari kiri), Eliza (duduk 2 dari kiri), Catherine (kiri) dan Adelina (3 dari kanan) bersama Lembaga Pengarah RCKK Pearls yang lain.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Barisan kepimpian baru Rotary Club Kota Kinabalu Pearl (RCKKP) merancang untuk meneruskan projek “REAL” mereka, bertujuan merapatkan jurang dalam literasi bahasa Inggeris antara sekolah bandar dan luar bandar.
Presiden RCKKP, Datuk Dr Sharifah Habsah dalam ucapannya semasa majlis pertabalan kelima RCKKP yang diadakan baru-baru ini, berkata kelab itu merancang untuk membantu 200 sekolah luar bandar di seluruh Sabah dalam projek itu.
Pembiayaan projek itu terdiri daripada Kelab Melbourne (RM21,000), CIMB (RM26,000), Kementerian Pendidikan (RM40,000), RC Hui Min (USD1,000) dan RC Taipei (USD1,000).
“Pada masa ini, kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan dan Inovasi,” katanya.
Beliau juga berkata, projek lain yang sedang dijalankan kelab itu ialah ‘Love Your Sight Vision Screening Project’ yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.
“Kami akan memanfaatkan sepenuhnya dana kira-kira RM100,000 untuk melaksanakan projek-projek untuk komuniti kita,” katanya.
Selain itu, kelab itu juga akan melaksanakan program “Minuman Air Bersih Untuk Pelajar” dan seterusnya menggalakkan kebersihan bagi seluruh masyarakat melalui sekolah sebagai pusat.
Ahli Lembaga Pengarah RCKKP Pearls Sesi 2019-2020 terdiri Datuk Dr Sharifah Habsah (presiden), Majella Marjorie Tan Marquez (naib presiden), Eliza Goh (presiden dilantik), Adelina Adna Adenan (setiausaha) dan Catherine Liew (bendahari).
Yang lain, Alice Kunjan (penolong gabenor), Tulip Noorazyze (pengarah perkhidmatan komuniti), Datin Phyllis Lo (pengerusi Yayasan Rotary), Roxana Jamaludin (kerusi keahlian), Hajah Chenderamata Haji Sinteh (pengerusi perhubungan awam), Rosie Chong (pengarah perkhidmatan antarabangsa), Datuk Aminah Ambrose (pengarah perkhidmatan vokasional), Caroline Paxton (pengarah perkhidmatan kelab), Hanna Ghani-Loh (pengarah perkhidmatan belia), Azalene Amelia Kamal Quadra (editor buletin kelab) dan Morinah Miningent (sergeant at arms).
Majlis pertabalan barisan kepimpian baru RCKKP telah disaksikan oleh Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi, Jenifer Lasimbang yang juga selaku tetamu kehormat. Turut hadir mantan presiden RCKKP, Datuk Dr Tarsiah Taman.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad