Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Inanam, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan mengalami masalah kemurungan berikutan kematian bapa kandungnya tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam 6.30 pagi.

Katanya, mengikut laporan, seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di perumahan berkenaan terdengar bunyi dentuman kuat.

“Bunyi berkenaan dipercayai jatuhan sesuatu dari tempat tinggi yang terkena sebuah kereta di kawasan parkir perumahan berkenaan.

“Sebaik melakukan pemeriksaan, pengawal keselamatan terbabit menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kasim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Dr Fatin Nadzirah Awang Damit daripada Hospital Queen Elizaberth ll (HQE II) yang turut hadir membantu di lokasi.

Sementara itu, Kasim berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa tinggal bersama keluarga angkat sejak ayahnya meninggal dunia pada Mei tahun lalu.

Katanya, penjaga turut menyatakan kebelakangan ini mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan disebabkan kematian ayahnya.

“Ketika kejadian penjaga menyedari mangsa mengurung dirinya dalam bilik. Malah selepas berjaya membuka pintu bilik, penjaga turut menemui kesan darah dan sebilah pisau di atas lantai bilik mangsa. –info X

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke HQE untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X