KUNAK: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis sisa elektronik dan bahan buangan dianggarkan bernilai lebih RM19 juta di sebuah premis di daerah Tawau, pada Sabtu.
Semua rampasan itu dilakukan oleh Batalion 22 PGA Kunak bersama Jabatan Alam Sekitar Daerah Tawau menerusi Ops Bersepadu Hazard.
Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA Kunak, Superintendan Norman Chendan Anak Philip Picha Rumpang berkata pihaknya turut menahan 12 individu termasuk seorang wanita dalam operasi berkenaan.
Katanya, semua suspek terbabit didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Semua suspek dan barang rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.
“Kejayaan operasi berkenaan adalah rampasan yang tertinggi setakat awal tahun ini dengan melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM19,395,550,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Norman berkata, Batalion 22 PGA Kunak akan sentiasa meneruskan operasi seumpama ini bagi memburu pihak-pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman di negara ini. – Info X
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini