Albert, Suzie bersama pemimpin Kg. Gana disalah sebuah rumah tidak siap project Agropolitan FELCRA
KOTA MARUDU: Rintihan yang diadukan penduduk di 10 buah kampung di Gana melalui media massa akhirnya mendapat perhatian kerajaan, Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi yang di temui di pejabatnya menyatakan kesediaan untuk melakukan siasatan dan membawa perkara tersebut terus ke Putra Jaya.
“Saya mahu satu laporan lengkap tentang masalah ini segera agar permasalahan penduduk di sana (Gana) dapat diberikan laporan agar nanti perkara itu mendapat perhatian kerajaan,” katanya.
Ekoran daripada tularnya lapuran eksklusif di beritasabah.com minggu lalu dimana dilema kehidupan lebih 3,000 penduduk di kawasan penempatan bersepadu Gana kira kira 38 kilometer dari pekan Kota Marudu mendapat pelbagai reaksi orang ramai .

Laluan ke sawah penduduk Gana yg perlukan perhatian Kerajaan, Albert Dan Suzie meninjai lorong yg perlukan seliaan segera
Pegawai daerah mengarahkan penolongnya, ADO pembangunan luar bandar ke kawasan berkenaan pada selesa 23 Julai bagi mengambil laporan dan gambar serta melihat sendiri dan menemubual para pemimpin masyarakat di sana bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi dengan lebih dekat.
Dalam pada itu, lawatan ke kampung Gana yang dilakukan oleh ADO Pembangunan Albert Gunting bersama PPM Pegawai Pemaju Masyarakat Suzie Salapan dan Pemaju Mukim Gana Rudy Aloi pada selasa lepas kira-kira hampir tiga jam dan mendapati apa yang diadukan penduduk memang ada kebenarannya.
Dalam lawatan itu rombongan (bersama Wakil BS) dibawa melawat tapak rumah yang terbengkalai ke semua blok kampung, blok kampung di Kipopogong, blok kampung Makatol Laut, blok Gana, serta jalan menuju ke kawasan sawah dan juga rumah transit.
Menurut plan cadangan asal setiap blok kampung akan disediakan rumah sebanyak 15 buah dan keluarga yang terlibat akan akan tinggal di dalam rumah transit sebelum rumah baru yang dibina siap dan disediakan kemudahan elektrik dan air bersih namun apa yang berlaku adalah disebaliknya.

Rumah transit Gana agak selesa tetapi tidak dihuni kerana tiada bekalan Air
Dua blok rumah transit dibina oleh pihak Felcra berhadapan SK Gana Yang dapat menampung 30 buah keluarga dalam satu masa bagi membolehkan rumah yang dirobohkan dapat dibina mengikut jadual dan selepas itu menyusul keluar seterusnya dari kampung lain sehingga selesai.
Namun apa yang menyedihkan pihak kontraktor yang dilantik pihak Felcra Berhad merobohkan 150 buah rumah sekaligus dan ini mengundang masalah penempatan kepada penduduk terlibat, sehingga memaksa mereka (penduduk) terpaksa membina pondok usang bagi tempat tinggal sementara yang serba kekurangan.
PPM Suzi Salapan yang turut melihat secara dekat masalah dan keperluan penduduk amat terjua dan terkesan dengan apa yang dikhabarkan melalui media, ungkapan ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’ itu lah yang dapat diungkapkan setelah melihat secara dekat.
Sementara itu Ketua kampung Gana Deiwien Aloi, berharap agar laporan yang dibawa tuan ADO ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Putra Jaya berhubung dengan masa hadapan projek agropolitan di kawasan dataran Gana mendapat reaksi positif , kesinambungan projek berkenaan akan membawa sinar kepada lebih 3,000 penduduk.
“Apa yang penting sekarang adalah kerajaan sudah mengetahui hal sebenar dan bagaimana rintihan dan keperluan penduduk disini katanya kepada (wakil BS) kerana kejayaan misi tuan ADO (Albert Gunting) ke Putra Jaya akan membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk”, katanya.
Difahamkan bahawa pegawai ADO Pembangunan ( Albert Gunting ) menghadiri satu mesyuarat agropolitan ke Putra Jaya pada 24 Julai dan akan membawa segala permasalaan dan cadangan hasil lawatan di Gana kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Sementara itu ketua kampung blok Kipopogong K.K Dodong Ayak (Gambar), berharap agar kekecewaan penduduk mengenai janji pihak pemaju dimana penyiapan dan penyediaan rumah siap dalam masa lapan bulan umpama menunggu bulan jatuh ke riba, tetapi rupanya indah khabar dari rupa sehingga semak samun menyelubungi dan kerangka bangunan hampir reput lewat hingga tiga tahun belum disiapkan.

Rumah En. Patiu Salamat 60′ terpaksa buat tangga untuk Di jadikan tempat tidur Sementara
“Kita tidak menuding jari kepada siapa-siapa, kami hanya memohon agar pihak FELCRA dan KPLB serta agensi lain segera bertindak agar penduduk yang tinggal di pondok usang tidak lagi basah apabila hujan,” katanya.
Menurut Dodong masalah keperluan air bersih turut diutamakan bagi menjamin kebersihan dan kesihatan para penduduk, selama itu pihak Jabatan Air masih lagi belum membekalkan air kerana rumah-rumah yang dibina belum siap ditambah dengan ketiadaan sumber air sungai yang kekal.
Sementara itu Dodong berkata, pemansuhan permohonan tanah (PT) dikalangan penduduk perkampungan tersebut ke dalam projek agropolitan oleh pemimpin dahulu kepada Felcra Bhd tidak dipersetujui malah tidak diketahui lebih awal dan meminta pihak kerajaan dapat mengkaji kembali status kepada geran persendirian dan bukan geran komunal.
Seorang lagi ketua kampung K.K Jaidin Majuil (Gambar) dari blok kampung Makatol Darat mencadangkan agar pihak kerajaan yang ada sekarang memberikan perhatian terhadap masa hadapan ekonomi dan sosial rakyat di sini.
“Kalau sekiranya tiada sumber ekonomi penduduk yang tetap disini nescaya para belia akan lari meninggalkan kampung bagi mencari pekerjaan dan sekarang ini pun ada dikalangan para belia bekerja di Singapura dan semenanjung Malaysia untuk mencari nafkah”katanya.
Katanya, jika kemudahan tali air, parit dan jambatan ke kawasan sawah padi serta kebun getah penduduk dibina tentu ramai mendapat pekerjaan, begitu juga dengan kemudahan infrastruktur lain seperti kemudahan beriadah dan sukan.

Menanti rebah ke bumi, antara rumah GRID Gana yang usang perlu dapat pembinaan semula
Minggu lalu akhbar tempatan dan beritasabah.com melaporkan projek rumah masih terbengkalai di perkampungan kampung Gana Projek kampung Bersepadu GRID dimana terdapat 10 buah kampung terdiri daripada kampung Kipopogong, Toguhu, Garong, Linagkahan, Gouton, Minsusurud, Nasapu, Gana, Paliu dan Makatol Darat mengundang derita selama 25 tahun belum berakhir. (Beritasabah.com Eksklusif)

More Stories
Sunduan Nabalu : Hak 40 peratus –Maruah dan ekonomi kini di Sabah
PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH SERU KERAJAAN PUSAT DAN AGC TIDAK TERUSKAN RAYUAN ISU 40% HASIL SABAH
Rayuan AGC Gugat Keyakinan Pelabur, Iklim Ekonomi Sabah – BAYAHAN