PENDUDUK  MERUNGUT JALAN  LORONG  BELUM  DISELENGGARA  SEJAK  SEKIAN  LAMA

Joe wakil pengguna mahu pihak Syarikat Pengurusan Kekal Mewah ambil tindakan, segera

By: Aissac Bjsim

TANDEK, KOTA MARUDU: Laluan berlubang berair dan sukar dilalui kenderaan kecil menyebabkan ramai pengguna merasa serba salah dimana tempat mengadu sedangkan  sudah beberapa  agensi dan jabatan sudah diajukan berhubung dengan permasalahan tersebut.

Beberapa penduduk kampung Salimandut   yang juga pengguna jalan tersebut menyatakan  rungutan kepada para pemimpin juga kepada pihak yang berkuasa nampaknya belum terjawab dan demi  menyatakan keperluan dan juga menuntut hak sebagai rakyat  di negara ini tampil dengan  rungutan dan permintaan.

Seorang penduduk Joe Jotilin (Gambar)  mengadu bahawa jalan raya merintangi kawasan sawah padi dibina oleh Jabatan Parit dan Pengairan dan kini dibawah seliaan pihak berkuasa tempatan namun rungutan demi rungutan yang disampaikan tidak mendapat respon sehingga kini jalan tersebut terus terbiar tanpa  pembaikkan.

Menurutnya  jalan lorong tersebut terpaksa dilalui ( Gambar  google) kerana tiada jalan lain menuju ke rumah penduduk yang semakin lama semakin ramai jumlahnya menyebabkan  ada kereta ringan seperti Kancil  terpaksa  juga melaluinya dengan risiko yang tinggi.

Katanya, pernah ada beberapa kes kereta kancil yang melalui jalan tersebut mengalami kerosakan bahagian bawah penutup enjin kerana tergeser dengan batu jalan yang berlobang memaksa para pemandu lain yang tidak punya pilihan melewatinya.

“Jadi saya harap agar pihak kerajaan melalui wakil rakyat kami agar dapat menyuarakan permasalahan ini ke pihak kerajaan negeri bagi menambah kewangan bagi tujuan lebih banyak pembangunan  terutamanya pembaikan jalan terutamanya di kampung di DUN Tandek”, katanya.

 

Indahnya suasana kampung namun jalan lorong amat terok perlu dibaiki segera..

Sakit mata memandang lagi patah kereta mewah dipaksa berenang setiap kali hujan melanda lorong jeep Di Salimandut Tandek

Seorang lagi pengguna Lorin Majangkin yang turut berkongsi masalah yang sama memberitahu wartawan beritasabah.online  lokasi kedudukan  melalui google dan gambar kepada pihak berkuasa  seperti pejabat unit kemajuan rakyat UPKR  N.5 Tandek namun belum mendapat respon.

“Sebagai perbandingan   Jikalau kerajaan dapat  mencadangkan membina  landasan kereta api  dari Kota Kinabalu ke Kudat dengan  kos RM5.2 billion  kenapa pula dengan hanya beberapa belas ribu sahaja kos pembaikkan di kampung khususnya  Tandek    tidak dapat dilaksanakan”,katanya.

Terdahulu surat-surat permohonan sudah  diajukan kepada pihak  yang  berkenaan dari tahun lalu  melalui ( JKKK ) sekarang MPKK  kepada pihak Pembinaan Kekal Mewah syarikat yang diberikan  kontrek  penyelengaraan  jalan jalan kampung   namun  belum juga  ada jawapan katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu agar pekara sekecil itu dapat diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan agar pengguna serta penduduk yang berulang alik ke pekan dan pelajar-pelajar ke sekolah tidak terjejas.

Selain itu, jalan sejauh kira-kira 3 kilometer jauhnya dari jalan utama selalu digunakan oleh  jentera pembajak dan jentuai padi bila musim menuai padi tiba menyebabkan  jalan seteruk itu menjadi  seperti jalan berkolam kerana ditakungi air dan dilitupi lumpur.

“Harapan kami agar ada  perubahan jalan walaupun  jalan  hanya  berstatus  lorong jeep sahaja, tolonglah kami” ujurnya dengan nada  murung  disini”. katanya.