Robert Prevost dilantik sebagai Paus baharu pertama dari AS

VATICAN CITY, 8 Mei 2025 – Asap putih akhirnya terbang keluar dari cerobong Gereja Sistina di Vatican City, menandakan tamatnya konklaf dan terpilihnya seorang Paus baharu.

Ribuan umat Katolik yang berkumpul di Dataran St. Peter bersorak gembira apabila simbol tradisi itu muncul — petanda rasmi bahawa dunia kini mempunyai pemimpin baharu Gereja Katolik.

Dalam pengumuman rasmi kemudian, Kardinal Robert Francis Prevost dari Amerika Syarikat telah dipilih sebagai Pope ke-267 dan memilih nama Pope Leo XIV.

Pemilihan ini mencatat sejarah kerana beliau merupakan Pope pertama dalam sejarah yang dilahirkan di Amerika Syarikat.

Pope Leo XIV, berusia 69 tahun dan berasal dari Chicago, sebelum ini aktif dalam misi gereja di Peru dan dikenali sebagai tokoh yang dekat dengan rakyat serta berpendirian tegas terhadap isu keadilan sosial.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Prefek Kongregasi bagi Uskup di Vatican.

Asap putih muncul selepas pusingan