Oleh Wartawan BS
4 Februari 2020
BELURAN: Sebuah rumah kedai tiga pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Maliau, di Telupid, petang kelmarin.
Kebakaran yang bermula pada jam 2.50 petang itu menyebabkan kira-kira 50 peratus bangunan musnah, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam sebelum pergi ke lokasi berkenaan untuk mengawal orang awam daripada menghampiri kawasan kebakaran.

“Pihak bomba tiba pada jam 4.30 petang untuk memadam kebakaran.
“Kita masih menunggu laporan daripada bomba mengenai punca kebakaran,” katanya di sini, hari ini.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK