Rumah satu keluarga hangus terbakar. Kejadian sana di Kampung Kalipuo Kota Marudu

 Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah  mereka di Kampung Kalipuo Pitas di sini musnah dalam kebakaran.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Gabuh Maradan berkata kejadian jam7.58 pagi bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penghuni.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak lebih besar sejam kemudian iaitu pada jam 8.58 pagi.

“Kediaman mangsa seluas 15X20 bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan musnah terbakar dalam kejadian ini,” katanya.

Tambahnya tiada kecederaan serta kematian dalam kes ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.07 pagi selepas pasukan bomba selesai menjalankan pemeriksaan keselamatan sepenuhnya di lokasi.

Menurutnya punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 3 Sabah (Kudat).

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima jam 7.58 pagi dan lima pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi sejauh 50 kilometer dari jarak balai. – Utusan Borneo